5 Sebab Perempuan Menipu Lelaki


Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki.

1. Bosan
Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.
2. Balas Dendam
Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai. Bak kata pepatah orang putih “What you give you get back” tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.
3. Hidup Terkongkong
Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.
4. Power Of Money
Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia. Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.
5. Orang Ketiga
Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment