Borang Permohonan Skim Pembiayaan Mikro Peniaga 1Malaysia

on 30 Jan 2013


Borang Permohonan Skim Pembiayaan Mikro Peniaga 1Malaysia | Skim diberikan kepada semua penjaja dan peniaga kecil berbilang kaum di seluruh negara sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menjana ekonomi negara. Berikut adalah cara dan permohonan skim peniaga 1Malaysia.



Syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tidak muflis
  3. Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  4. Menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
  5. Perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah
  6. Menjadi ahli persatuan berdaftar
  7. Tidak mempunyai pembiayaan mikro dengan mana-mana bank atau agensi lain (bagi yang sudah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan itu layak memohon)
Permohonan yang lengkap akan mengambil masa antara lima hingga 10 hari untuk diproses bergantung kepada syarat yang dikenakan. Mereka boleh mendapatkan pembiayaan bermula dari RM1,000 hingga RM50,000 dengan caj perkhidmatan 2.5 peratus yang dikenakan akan ditanggung oleh kerajaan.

Tempoh bayaran skim pembiayaan mikro itu adalah selama lima hingga sembilan tahun dengan tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran selain dikecualikan daripada semakan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Sistem Maklumat Rujukan Pusat (CCRIS).

Borang Permohonan

Bank Rakyat dalam satu kenyataan semalam berkata, penjaja atau peniaga kecil yang berminat boleh mengisi borang di Bank Rakyat dan melampirkan sekali salinan kad pengenalan serta salinan pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ranking: 5

2 comments:

  1. Ini yang saya cari selama ini. Terima kasih wann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..sama-sama,wann sekadar berkongsi maklumat :)

      Delete

 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .