Cara Memohon Pinjaman Pelajaran MARA 2013

on 28 Jan 2013


Cara Memohon Pinjaman Pelajaran MARA 2013 | As-Salam, Sukacita dimaklumkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih. Permohonan akan dibuka pada Februari ini.
Permohonan pinjaman MARA ini hanya untuk pengajian di beberapa institusi dan kolej yang terdapat dalam senarai yang disediakan oleh pihak MARA. Senarai tersebut boleh dilihat di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru permohonan pinjaman MARA.

Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman MARA ini boleh dibuat secara online atau dengan secara manual.
Secara Online
  • Permohonan boleh dibuat di EduLoan.
  • Pemohon perlu mendaftar di bahagian Pendaftaran Pengguna Baru.
  • Sila rujuk bahagian Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
  • Borang permohoan perlu dicetak dan dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.
Secara Manual
  • Borang permohonan boleh didapati di EduLoan.
  • Borang boleh dimuat turun di bahagian eForm.
  • Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pinjaman MARA ini boleh dikemukan kepada;
Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854
atau di mana-mana Pejabat MARA Negeri.
Ranking: 5

1 comments:

  1. Assalamualaikum . Bagaimana pula dgn luar negara?

    ReplyDelete

 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .