Panduan Asas SEO Blog

Panduan Asas SEO, Keyword Research, Tips Seo Blog, Teknik Asas SEO Blog

Panduan Asas SEO Blog | As-Salam, sebagai blogger kita kena tahu apa itu SEO.Untuk mengetahui apa itu SEO anda boleh rujuk pada entri wann yang sebelum ini Apa Itu SEO?.Bagi otai-otai SEO yang lain sudah pasti lebih mengenali apa itu SEO dengan lebih mendalam lagi.Bagi wann yang masih baru lagi dalam dunia blogger ni pasti masih banyak lagi yang perlu dipelajari.

Ok, hari ini wann ingin berkongsi satu ilmu baru yang sudah wann pelajari dan wann fahami serba sedikit untuk dikongsikan bersama pada sahabat wann yang masih tercari-cari apa itu SEO? Wann harap dengan sedikit Tips dan panduan ini dapat membantu anda mengenali apa itu seo dan mempraktikkan ke dalam blog anda.Selamat Mencuba.

Panduan Asas SEO Blog


1. Lakukan Keyword Research
Panduan Asas SEO, Keyword Research, Tips Seo Blog, Teknik Asas SEO Blog

Secara keseluruhannya, pernahkah anda melakukan keyword research sebelum menulis sesebuah artikel? Atau anda hanya terus menulis tanpa arah tujuan yang sebenar atau lebih mudah ikut topik yang sama dengan rakan blogger yang lain.


Rata-rata blogger sekarang sibuk menjadi penyampai berita dan wartawan, tidak kira mengenai isu semasa dan hiburan. Daripada blog personal menjadi blog hiburan dan berita. Menarik bukan?
Untuk melakukan keyword research anda boleh guna tool percuma dan mudah daripada Google iaitu Google AdWords Keyword Tool untuk menguji frasa kata kunci utama untuk digunakan dalam artikel anda. Anda boleh lihat berapa banyak saingan dan permintaan untuk keyword yang anda ingin gunakan.
2. Keyword Density

Panduan Asas SEO, Keyword Research, Tips Seo Blog, Teknik Asas SEO Blog


Berapa kerap anda ulang keyword utama di dalam artikel anda? Sebaik-baiknya bagi wann adalah 2-4% sahaja. Tidak perlulah sehingga 10% daripada jumlah perkataan di dalam artikel anda, spam namanya.
Anda boleh gunakan plugin SEO yang mampu membantu anda untuk melihat keyword density di dalam artikel anda iaitu SEOPressor. Selain itu juga anda boleh gunakan tools online yang percuma. Search sahaja “keyword density tool” banyak sekali, cuma copy permanlink anda dan lihat hasilnya.
3. Tag ALT Pada Gambar
Panduan Asas SEO, Keyword Research, Tips Seo Blog, Teknik Asas SEO Blog

Artikel blog tanpa gambar nampak kurang menarik rasanya, jadi anda perlulah meletak paling kurang sekeping gambar untuk artikel anda. Baru namanya blog, lainlah kalau anda buat jurnal. Tiada gambar pun tidak mengapa.
Jadi pastikan anda meletakkan tag alt pada gambar anda dengan keyword yang anda gunakan. Tapi biarlah dengan frasa berlainan, baru gempak beb. Ini kerana agen carian atau robot seperti Google tidak pandai membaca gambar, hanya membaca teks.nanti wann cuba buat tutorial letak Tag ALT pada gambar.
4. Banyakkan Entri Atau Artikel

Panduan Asas SEO, Keyword Research, Tips Seo Blog, Teknik Asas SEO Blog


Artikel, entri atau kandungan merupakan perkara sama dan diingatkan selalu kepada rakan blogger sekalian. Ingatlah bahawa kandungan entri adalah raja di dalam SEO. Untuk berjaya dalam teknik asas SEO, pastikan blog anda penuh dengan entri atau artikel.
Jika ingin lebih berjaya, pastikan setiap entri anda berkaitan di antara satu sama lain. Senang cerita blog anda bernichelah. Blog yang banyak entri paling disukai oleh Google, langkah seterusnya rajin-rajinlah bina inbound link di atara entri ke entri yang lain di dalam blog anda. Tapi cukuplah satu dua tiga link sahaja.

p/s : Terlebih ada terkurang wann mohon maaf sebab wann ni budak baru belajar :)
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments :

  1. Menarik sngat menarik terima kasih postingannya niche sekali bagi saya yang masih baru dengan blog

    ReplyDelete