Responsible Blogging 2013 | Kempen Kesedaran Blogger Malaysia


Slideshow01

As-Salam, Mungkin tak ramai yang mengetahui mengenai satu kempen yang sedang dijalankan oleh Crowdpot, sebuah lagi medium pengiklanan blog dan laman sosial. Dan sebagai satu langkah permulaan, pihak Crowdpot telah mengilhamkan Responsible Blogging 2013.Wann pun baru je mendaftar sebagai geng Responsible Blogging 2013 ni selepas di promote oleh bro Hasrul Hassan.

Apakah yang membezakan Crowdpot ini? Untuk makluman, bezanya ialah Crowdpot menyediakan medium pengiklanan bersifat Advertorial atau Sponsored Blog Post. Anda dibayar untuk setiap entri yang telah anda buat untuk jenama-jenama atau pengiklan tertentu, mengikut pilihan anda.

Kempen Kesedaran Blogger Bertanggungjawab 2013


Kempen ini merupakan sebuah kempen yang telah dibawakan oleh Ninetology, sebuah syarikat terkemuka pengeluar telefon pintar. The Responsible Blogging 2013 adalah sebuah kempen peringkat kebangsaan (national campaign) yang bertujuan untuk mempromosikan etika berblog yang betul dan menghormati tataterbit perkongsian maklumat yang betul dan benar.

Kempen ini memperkenalkan 9 Kata Kunci Emas (9 Golden Rules)


Ganjaran Diberi Dan Dibayar Secara Beretika


Ganjaran yang anda inginkan sebagai blogger mestilah dari sumber dan cara yang sah. Menerusi Crowdpot, satu revolusi cara pemberian ganjaran melalui sponsored post diperkenalkan iaitu online tipping atau tumb tipping. Entri yang benar-benar bagus dan bermakna akan diberikan ganjaran selayaknya.

Kemaskini dan Sah Informasi Diri


Blog mewakili diri anda, dan anda sebagai blogger mewakilkan diri bagi blog anda. Kemaskini segala informasi berkaitan diri anda dan blog anda untuk mengekalkan kredibiliti serta penjenamaan berkesan. Blogger perlu telus dengan blognya. Apa yang ditulis di dalam blog mencerminkan keperibadian seorang blogger, seharusnya.

Hormati Pendapat Pengunjung dan Pembaca Blog


Walaupun anda punyai pendapat yang sedikit berbeza, tidak menunjukkan bahawa apa yang anda kata itu betul. Kadangkala pengunjung blog lebih berinformasi dari diri, maka tunjukkan hormat dengan pendapat yang diberikan. Blog mesti berada di dalam keadaan yang terbuka dan menerima pendapat sebaik mungkin selagi tidak menyalahi undang-undang.

Fahami dan Tahu Apa yang Anda Tulis


Sesetengah blogger yang hanya tahu copy-paste tanpa mengetahui isi kandungan sebenar apa yang dikongsikan. Kadangkala, apabila ada pembaca yang bertanya, blogger tidak dapat memberikan jawapan yang baik. Manakala apabila ada isu berbangkit, si penulis menggunakan emosi dalam melahirkan pendapat. Jika salah, katakan ia adalah satu kesilapan. Seperti kata HH sebelum ini, tiada celanya menulis entri kemaafan.

Sedar Mengenai Undang-Undang Sesebuah Negara


Berhati-hati dengan apa yang ditulis dan dikongsikan. Ada informasi di dalam dunia maya ini dilindungi undang-undang, jadi sila waspada dan tahu apa yang sedang anda kongsikan. Anda mungkin disaman jika entri itu menyalahi mana-mana akta cetak mana-mana negara.

Berikan Kredit Selayaknya


Apabila anda menulis entri, yang bukan milik anda atau anda ada sumber tertentu, sila berikan kredit selayaknya. Sebab ada masa ... sesebuah entri kepunyaan orang lain yang memang sangat bagus dan sangat perlu anda kongsikan dan terbitkan di blog anda, maka buatlah dengan memberikan kredit sebaiknya. Memberikan kredit seolah anda mengucapkan terima kasih atas informasi yang pemilik asal berikan.

Tulis dan Sediakan Penafian


Penting seandainya anda seorang yang sering buat salah dan silap. Manusia .. mana boleh lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, buat satu laman penafian untuk anda awal-awal mohon maaf terhadap mana-mana pendapat yang anda kongsikan yang mungkin tersalah dan tersilap fakta semasa.

Telus Bila Menulis Entri Tajaan


Entri Tajaan atau Sponsored Posts perlu ditulis dengan setelus mungkin. Anda tak mahu diri anda dikaitkan dengan jenama-jenama tertentu. Buatlah penilaian secara profesional dan tidak berat sebelah. Pastikan pembaca blog anda mendapat segala informasi tanpa perlu anda sorokkan kebenaran.

Itulah 9 Kata Kunci Emas dalam Kempen Blogger Bertanggunjawab ini, jika anda mahu turut serta, carilah mana-mana banner yang ada di dalam blog ini dan klik ke pautan. Daftarlah diri anda untuk menjadi seorang blogger bertanggungjawab.


Sumber : HH
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments :

  1. hehe..wann pun baru tahu juga benda ni..Al-maklum la orang baru. :)

    ReplyDelete
  2. akak setuju sangat dengan kempen ni..biarlah jadi blogger yang berhemah dan bertanggung jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu kak..molek sangat kempen ni..hehe :)

      Delete