Semakan Senarai Hitam PTPTN Dan Rayuan

on 20 Jan 2013

Semakan Senarai Hitam PTPTN Dan RayuanBerikut adalah cara semakan senarai hitam PTPTN dan prosedur untuk buat rayuan bersihkan nama dari blacklist. PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Calon yang telah disenarai hitam akan disekat daripada keluar negara Malaysia melalui Imegresen.

Semakan Senarai Hitam PTPTN, Rayuan Bersihkan Nama Senarai Hitam, Bayaran PTPTN

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online

Semakan secara online boleh dibuat dilaman rasmi imegresen Malaysia http://sspi2.imi.gov.my/

Cara Buat Rayuan Bersihkan Nama

LANGKAH 1 – KEMUKAKAN SURAT RAYUAN

Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi berhubung rancangan pembayaran yang bakal dilaksanakan besertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:

(i) Surat Rayuan; dan
(ii) Salinan Slip Gaji terkini sekiranya bekerja; atau
(iii) Penyata pendapatan bagi peminjam yang bekerja sendiri; atau
(iv) Surat Akuan daripada Pesuruhjaya Sumpah diperlukan sekiranya peminjam tidak bekerja; atau
(v) Penyata KWSP yang terkini sekiranya ada; atau
(vi) Surat Tawaran Belajar jika masih belajar; atau/dan
(vii) Pengesahan pindaan tarikh tamat pengajian dari IPT jika masih belum menamatkan pengajian.

LANGKAH 2 – MAKLUMAN/SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui email atau telefon (jika maklumat dikemaskini). Peminjam juga boleh menyemak keputusan rayuan dengan menghubungi Hotline di talian 03-2080 4455.

LANGKAH 3 – PEMBATALAN NAMA DARI SENARAI HITAM DAN/ATAU SAMAN
(SEBELUM PENGHAKIMAN DIREKODKAN)

Bagi membatalkan nama dari senarai hitam dan/atau saman (hanya layak bagi kes penghakiman belum direkodkan), peminjam perlu mengemukakan dokumen berikut selepas bayaran dibuat berdasarkan keputusan rayuan.

(i) Surat Akuan
(ii) Slip bayaran (jika bayaran belum direkodkan dalam penyata)
(iii) Borang Potongan Gaji / Salinan borang standing instruction
Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:
(i) Kaunter Bahagian Penguatkuasan dan Kutipan Balik, PTPTN.
(ii) One Stop Center, KL Sentral.
(iii) Info Center di Sabah dan Sarawak.
(iv) Call Center PTPTN di talian 03-20804455.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .