( Video ) Kereta JPJ Kena Bakar Di Ayer Tawar Perak


Gambar dan video kereta JPJ kena bakar oleh orang awam di Ayer Tawar, Perak pada petang tadi. Kejadian amuk ini berlaku setelah kemalangan teruk membabitkan 10 kereta. Kereta JPJ antara salah satu kenderaan yang terlibat. Tidak dapat dipastikan mengapa orang ramai begitu marah dengan pihak JPJ. Kemalangan itu berlaku selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar.

kereta JPJ dibakar

Rakaman video telah dimuat naik dan kita dapat saksikan orang ramai sedang terbalikkan kereta pihak JPJ tersebut. Setakat ini, tiada kematian dilaporkan akibat dari kemalangan itu.

Update terkini: Kemarahan orang ramai itu berpunca daripada kereta MVP JPJ yang dipercayai menjadi faktor utama kepada kemalangan 10 kenderaan tu. Semua bermula apabila JPJ nak blok lori sehingga menyebabkan kemalangan. Semua kereta lain termasuk lori, brek mengejut di trafik light Sek Methodist. Antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.

van-jpj-dibakar

Rakaman Video Kereta JPJ Kena Bakar


Sumber : Melvister
 
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments :

  1. Perhh..Macam2 dah berlaku kat negara kita :)

    ReplyDelete
  2. betul tu.. takut dibuatnya..hehe :)

    ReplyDelete