10 Sebab Lelaki Menangis


Sebab Lelaki Menangis, Kenapa Lelaki Menangis, Aku Seorang Lelaki, Wann Serious

10 Sebab Lelaki Menangis | As-Salam, sudah lama wann tak menulis pasal lelaki.Hari ini wann nak berkongsi satu info yang wann sendiri tak berapa pasti boleh pakai ke tak? Tapi wann rasa banyak juga yang betul tentang info tersebut melalui pemerhatian dan pengalaman wann sendiri.Seperti yang anda sedia maklum, wann ingin kongsi sebab yang menyebabkan orang lelaki akan menangis.
Jarang sebenarnya kita tengok seseorang lelaki itu menangis didepan mata kerana lelaki ni seorang yang suka pendam kesedihan itu di depan umum hakikat dibelakang umum menangis mengalahkan perempuan..ya tak?hehe.Wann gurau je.Biasala lelaki seorang yang bersifat macho mana mungkin akan menangis didepan umum.Jatuh la saham nanti.Kalau orang perempuan menangis depan lelaki nampak manja dan berjiwa lembut..Wah, dah macam Dr.Fadhilah Kamsah la pulak..hehe.Ok, jom kita tengok 10 Sebab Lelaki Menangis.

1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4.Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5.Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.

p/s : Tidak semestinya seorang lelaki itu akan menangis apabila menghadap

situasi diatas.Banyak lagi sebab lain yang menyebabkan seorang lelali itu menangis...itu sekadar perkongsian sahaja..hehe :)
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments :

  1. err menangis ketika memotong bawabg takde ker? huhu

    ReplyDelete
  2. :-) lelaki pun manusia biasa gak. ada masanya akan menanggis dalam diam huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..betul tu,,lelaki pun ada perasaan.

      Delete
  3. baru tau sebab2 lelaki menangis..thanks..klu dah terluka sape2 pon boleh menangis..tak kira boy or girl..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama je dengan pompuan..hehe :)

      Delete
  4. orang yg tak pandai menangis tu orang yg takder perasaan kot..

    ReplyDelete
  5. Baru tahu lelaki menangis kalau team bola sepak die kalah.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kalau da fanatik sangat..hehe.

      Delete
  6. Budak lelaki menangis apabila mainan dirampas atau dibawa lari. :-)

    ReplyDelete
  7. pernah tgk lelaki menangis semasa menikah, rasa terharu je. hahahaha. ^^

    ReplyDelete