Cara Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2013/ 2014 Secara Online

Cara Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2013/ 2014 Secara Online | Makluman kepada semua calon yang telah membuat permohonan matrikulasi sebelum ni, talian online untuk mengemas kini borang permohonan bermula 4 hingga 18 Februari ini.

Cara Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2013


Cara Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi 2013/ 2014

Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini atau melalui laman web kementerian di www.moe.gov.my.

Pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan mengemas kini manakala mereka yang menggunakan laman web kementerian perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.

Keputusan Matrikulasi 2013/ 2014

Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian. Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.

Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment