Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013

on 31 Mar 2013


Semakan keputusan temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 | Keputusan panggilan untuk ditemuduga boleh diperoleh pada 22 April 2013 ini. Keputusan juga boleh disemak melalui applikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Maktab perguruan 2013

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa

Jika berjaya untuk panggilan temuduga, calon perlulah membawa dokumen penting seperti surat tawaran temuduga, Borang Butiran Diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat melalui laman sesawang KPM

Proses Pemilihan Temuduga
  •     Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga
  •     Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
  •     Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
  •     Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
  •     Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
  •     Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG
Semakan keputusan Temuduga Maktab Perguruan 2013

Semakan boleh dibuat melalui laman http://www.moe.gov.my/

Tarikh Penting Maktab Perguruan 2013

Dibawah adalah tarikh penting mengenai kemasukan maktab perguruan sesi 2013 bagi lepasan SPM.



Borang Permohonan Pengajian Perubatan di Mesir Sesi 2013


Borang permohonan pengajian perubatan di Mesir sesi 2013|  Kepada semua calon SPM, anda dipelawa untuk mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pelaajran di Mesir melalui kementerian pengajian tinggi Malaysia. Antara bidang yang ditawarkan adalah Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi.

perubatan mesir 2013

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

Perubatan, Pergigian & Farmasi

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah

Borang Permohonan

Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)

Hantar Borang Lengkap ke:

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat) di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA


10 Tempat Eksotik & Menarik Di Dunia

on 30 Mar 2013


10 Tempat Eksotik & Menarik Di Dunia | Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik dan menarik. Ada antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini, kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana kesemuanya tidak pernah pun kita ketahui.
1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Wisteria Tunnel
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman.
2. Cinque Terre, Italy
Cinque Terre italy
Cinque Terre adalah sebahagian daripada pantai di rantau Liguria Itali. Teres yang dibina di atas landskap lasak menjadi tarikan pelancongan yang sangat popular.
3. Hotel La Montaña Mágica
Hotel La Montana Magica
Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios, Chile.
4. The Crooked Forest
The Crooked Forest
Crooked Forest ini terletak betul-betul di luar Nowe Czarnowo, Barat Pomerania, Poland. Mengandungi kira-kira 400 pokok pain dengan batang yang bengkok. Pokok-pokok tersebut telah ditanam sekitar tahun 1939. Sehingga kini, bagaimana pokok-pokok tersebut berbentuk sedemikian rupa masih tidak diketahui.
5. Tunnel Of Love (Terowong Cinta)
Tunnel Of Love
Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami isteri.
6. Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs ini terletak di Iceland dan ianya adalah buatan manusia. Walau bagaimanapun, air dipanaskan secara semulajadi oleh aktiviti gunung berapi di pulau itu. Menurut penduduk sekitar, Blue Lagoon Hot Springs akan kelihatan amat indah pada musim bersalji, dan airnya juga masih terasa hangat.
7. Ice Canyon
ice canyon
Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).
8. Ball Pyramid
Ball Pyramid
Ball Pyramid adalah tindanan laut tertinggi di dunia. Ia adalah tinggalan gunung berapi yang terbentuk kira-kira 7 juta tahun lalu. Ketinggian Ball Pyramid ini adalah 562 meter dan terletak di tenggara pulau Lord Howe di Lautan Pasifik.
9. The Great Barrier Reef
The Great Barrier Reef
Merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di dunia. Ia terletak di Laut Karang, di luar pantai Queensland, Australia. Jangan tidak tahu, anda boleh melihat The Great Barrier Reef ini dari angkasa lepas kerana ianya begitu besar. Tempat ini adalah destinasi yang sangat popular bagi kaki skuba.
10. Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia. Taman ini dipenuhi dengan pemandangan hijau yang indah dan air terjun yang menakjubkan.
 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .