Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

on 29 Apr 2013


Semakan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP | Keputusan nama calon yang berjaya untuk panggilan temuduga boleh diperolehi pada 6 Mei 2013. Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui aplikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Terdahulu, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia sesi ambilan Jun 2013 pada 22 Mac dan tarikh tutup permohanan pada 31 Mac.

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga perlu membawa dokumen penting seperti;
  • Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
  • Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
Dokumen yang diminta akan ada pada laman aplikasi semakan nanti, apabila calon disahkan berjaya untuk panggilan temuduga setelah membuat semakan tersebut.

Maklumat Penting dan Proses Pemilhan Temuduga
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Calon boleh menyemak panggilan temuduga pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Anda boleh menyemak dengan klik pada pautan http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/login.cfm.



Tarikh Penting KPLSPM 2013

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamathttp://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.


Tarikh Penting KPLSPM 2013



Kemaskini Terkini: 26 April 2013 (10.43 pagi)


Laman Portal KPM sudah boleh dilayari...

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).

Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.


Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2013

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2013 | Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 sudah boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 bagi tahun 2013 mulai hari ini 24 April 2013.
Tawaran ke Tingkatan Enam ini diberi kepada mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Buat masa ini tiada maklumat mengenai syarat tersebut dikeluarkan tetapi anda boleh rujuk Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6 sebelum ini sebagai panduan umum.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan ke Tingkatan 6 ini boleh dibuat dengan dua cara iaitu;
  1. Melalui laman web KPM di Semakan Tawaran Tingkatan 6 2013.
  2. Secara sms dalam format MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

Pendaftaran Tingkatan 6

  • Pelajar baru Tingkatan Enam Bawah 2013 perlulah datang mendaftar di sekolah dan tarikh yang ditetapkan.Mereka yang terpilih perlu mencetak surat tawaran secara online dan membawanya semasa mendaftar nanti.Mereka yang sedang menunggu tawaran daripada UPU, perlu melapor diri di sekolah yang ditetapkan.

Rayuan Tingkatan 6

  • Mereka yang tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6 ini boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK.
  • Syarat-syarat untuk membuat rayuan belum dimaklumkan tetapi sebagai panduan umum boleh rujuk yang dikeluarkan sebelum ini di Syarat Kelayakan Masuk Ke Tingkatan 6.

Pertukaran Jurusan

  • Mereka yang ingin menukar jurusan yang ditawarkan perlu membuat permohonan.
  • Permohonan pertukaran jurusan hendaklah dikemukakan melalui Pengetua Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

Pertukaran Sekolah

  • Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
  • Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa.

PLKN

  • Bagi mereka yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mendapat tawaran Tingkatan 6 perlu memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan untuk pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN.
  • Mereka yang terpilih ke PLKN Fasa 2 dan Fasa 3 dinasihatkan membuat permohonan penangguhan daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Matrikulasi & IPTA

  • Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 boleh dibuat mulai esok 25 April 2013 pukul 4:00 petang.
  • Mereka yang telah ditawarkan pengajian ke Kolej Matrikulasi secara amnya tidak akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan.
  • Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan 6 masih ada peluang untuk mendapat tawaran Matrikulasi dan IPTA.

Maklumat

Pertanyaan

  • Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
  • Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.


Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013


Semakan keputusan biasiswa kerajaan sabah BKNS bagi sesi 2013 boleh disemak melalui sistem applikasi biasiswa Sabah. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan anda pada bulan april lalu, anda kini boleh membuat semakan untuk mengetahui anda berjaya mendapat tawaran biasiswa tersebut.

biasiswa kerajaan negeri Sabah 2013

Semakan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013

Semakan tersebut adalah untuk mengetahui status terkini permohonan dan juga status berjaya mendapat tawaran Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2013

Untuk permohonan sila layari http://www.biasiswa.sabah.gov.my/

Tarikh tutup Permohonan

15 Mei 2013

 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .