Hukum Memakan Daging Kuda?

on 12 Jun 2013


Soalan
Saya ada sedikit kemusiklan mengenai hukum memakan daging kuda? Adakah daging kuda boleh dimakan atau sebaliknya?
Hukum memakan daging kuda adalah harus kerana tidak ada nas yang mengharamkannya.Daging kuda adalah halal dimakan, tetapi ia lebih banyak mendatangkan kemudaratannya daripada kebaikan. Daging kuda tidak baik dimakan oleh orang yang sihat kerana dagingnya bersifat amat kering lagi panas dan dikhuatiri merbahaya pada tubuh yang sihat.
Daging Keldai Liar adalah berlainan dengan daging keldai belaan dan tunggangan biasa, ianya lebih panas, kering, mengenyangkan dan mampu menambah kuantiti darah.
Berkenaan dengan Daging kuda, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
“Dari Asma RA, ia berkata: “Kami menyembelih kuda, lalu kami makan. Itu masa hidupnya Rasulullah SAW”. Dan juga dari Nabi SAW, bahawasanya baginda mengizinkan (memakan) daging kuda dan baginda melarang (memakan) daging keldai (dari jenis peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (Asy-Syaikhan)
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© WannSerious | Aku Seorang Lelaki All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template .