Dividen Dan Bonus Tabung Haji Tahun 2014

Dividen dan bonus Tabung Haji pada kewangan akhir tahun 2013 akan dibayar mulai tahun 2014. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus enam peratus dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

TAbung-haji

Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus itu kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional. Tabung Haji turut mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman Tabung Haji dalam menjaga kebajikan para pendeposit.
Fakta Pendapatan Tabung Haji 2013
  • Pendapatan keseluruhan Tabung Haji bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 bilion atau peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 bilion pada 2012.
  • Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 bilion pada 2013 berbanding RM2.1 bilion pada 2012.
  • Tabung Haji mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.
  • Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) tersebut mempunyai baki purata minimum kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.


Sumber: melvister.com 
Share on Google Plus

About MKI Media

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete